Hi Korang,
Allianz Malaysia mengorak langkah baharu menerusi jalinan kerjasama dengan
salah satu pasaran atas talian terkemuka di Malaysia, 11street. Usaha sama ini
bertujuan untuk menyediakan ketenangan minda kepada rakyat negara ini menerusi
penawaran perlindungan yang memenuhi segenap keperluan pengguna menerusi
produk-produk insurans yang kini boleh didapati menerusi platform beli-belah
atas talian berkenaan.
Henry Ho, General Manager of Business Development & Partnership of 11street dan Michael Fong, Head of Digital Partnerships and Innovation of Allianz
Allianz bersama 11street kini menjadikan
langganan insurans lebih mudah dan lancar dengan menawarkan tiga produk
komprehensif yang memenuhi keperluan pelanggan. Produk-produk ini termasuk; Personal Accident Insurance yang
memberi persediaan terhadap
perkara-perkara yang tidak dijangka pada setiap masa; Roadside Assistance Program yang menyediakan perlindungan
komprehensif kepada pemandu apabila kereta mereka rosak dan Smart Home Cover yang memberi
ketenangan minda kepada pelanggan apabila mengetahui bahawa kediaman yang
dimiliki dilindungi.
Ketua Inovasi dan Usahasama Digital, Allianz
General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Michael Fong berkata: “Ini
merupakan langkah yang mengujakan dan proaktif bagi kami untuk bukan sahaja
meningkatkan kesedaran umum berkenaan kepentingan perlindungan insurans tetapi
ke arah menjadikan kaedah perlindungan penting ini lebih mudah diperoleh dan
ditawarkan pada harga berpatutan bagi manfaat masyarakat umum. Dengan meneroka pendekatan
baharu dalam menawarkan pelan insurans, kami berharap untuk menggalakkan lebih
ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting ke arah melindungi diri
dan keluarga mereka, di samping mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan
umum.”
Menurut Persatuan Insurans Hayat
Malaysia, kadar penembusan insurans pada masa ini kekal sekitar 56% dengan
hanya kira-kira 32% rakyat negara ini memiliki lebih daripada satu polisi.[1] Dengan sasaran Bank Negara
Malaysia untuk mencapai kadar 75% penembusan insurans dan berpotensi melebihi
100% menjelang tahun 2020,[2]
usaha sama antara Allianz dan 11street merupakan langkah penting dalam
memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi.
Michael Fong, Head of Digital Partnerships and Innovation of Allianz and Henry Ho, General Manager of Business Development & Partnership of 11street
Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan
dan Usaha Sama 11street, Henry Ho berkata: “Ini pastinya satu pencapaian
baharu bagi 11street. Kami merupakan sebuah platform holistik yang sentiasa
menambah nilai dan memperkayakan kehidupan para pelanggan kami. Langganan
perlindungan insurans merupakan satu kepentingan jangka panjang dan memandangkan
golongan berusia 25 hingga 35 tahun merupakan kumpulan pelanggan terbesar
11street, kami bekerja rapat untuk menyediakan tiga produk yang secara khusus
memenuhi keperluan pelanggan dewasa yang bekerja. Dengan semakin ramai
bergantung kepada platform beli-belah atas talian untuk memenuhi keperluan
kehidupan seharian mereka, kami merasakan usaha ini merupakan tambahan penting
kepada kepelbagaian penawaran produk sedia ada di 11street.”
Allianz dan 11street menawarkan tiga
produk berbeza yang akan menyediakan perlindungan untuk kediaman, kereta dan
paling penting, diri dan keluarga anda. Di bawah produk Allianz Personal Accident Insurance, pelanggan layak menerima ganti rugi berganda apabila
berlaku kematian atau keilatan kekal serta kemudahan tanpa tunai bagi kemasukan
dan keluar daripada hospital. Pelan ini juga merangkumi liputan bagi
perbelanjaan perubatan dan kes ragut.
Sementara
Allianz Roadside Assistance Program menawarkan akses bantuan kereta dan perkhidmatan
penundaan kereta pada jarak tanpa had 24 jam termasuk baik pulih kecil di tepi
jalan serta pilihan meluas bengkel kereta panel yang disahkan bagi memastikan
lokasi paling mudah bagi memenuhi keperluan baik pulih kereta pelanggan.
Sebagai tambahan, individu yang mendapat liputan di bawah program ini juga
diberi manfaat kereta ganti secara percuma bagi tempoh 5 hari.
Produk
ketiga yang ditawarkan adalah Allianz Smart Home Cover
yang membenarkan pelanggan menikmati penjimatan terhadap premium dengan
penyediaan pakej khusus mengikut kehendak dan keperluan mereka. Pelanggan
mempunyai pilihan untuk merangka pelan dengan memilih liputan bagi perkakasan
di luar dan dalam kediaman mereka sahaja mahupun melanjutkan rangkuman
perlindungan kepada pembaikan rumah, kesemuanya pada harga yang berpatutan!
Untuk
melanggan sebarang produk insurans ini, layari Allianz
Insurance Official Store di 11street.
Seorang ejen khusus akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 3 hari untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi terbitan polisi perlindungan.
Untuk
maklumat lanjut, layari laman web www.11street.my.
[2] Menurut
News Straits Times ‘BNM targets
national insurance penetration rate to breach 75 pct by 2020’ pada
30 Oktober 2017
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
How about
reading my story in English?
If you
want to share your blog, story or media content in another language you may
want to look into having it professionally translated.